Speech by President Halimah Yacob at 65th Anniversary of Perkumpulan Seni
19 February 2022
This article has been migrated from an earlier version of the site and may display formatting inconsistencies.
President, Perkumpulan Seni
Mr Muhammad Irsadi Munaris
President, Islamic Religious Council of Singapore (Muis) and Editor, Berita Harian/Berita Minggu
Mr Saat Abdul Rahman
Distinguished Writers,
Haji Suratman Markasan
Dr Azhar Ibrahim Alwee
Ladies and Gentlemen,
Assalamualaikum wr wb. I thank Perkumpulan Seni, or PS for short, for inviting me to this momentous occasion.
I wish to congratulate the 30 writers for the publication of Enigma and to Chairul Fahmy Hussaini, for the publication of his poems: Perjalanan Alang Budiman (The Journey of Alang Budiman).
It is praiseworthy on the part of PS to collaborate with the writers to share their snapshots of meaningful life experiences living in Singapore, then and now. I am sure the stories and poems will provide readers with interesting insights about the world we live in, our life challenges and human behaviour.
I am happy to learn that over the last six decades, PS has contributed significantly in promoting modern and traditional Malay arts and culture.
It is also commendable to know that PS plays a prominent role in instilling Malay cultural norms and appreciating moral values while encouraging the community to be progressive and successful, not only in the arts but also in their pursuit of academic excellence.
From staging of heavy plays, such as 'Ribut', 'Rashomon' and 'Sumbangsih' to the creative productions of variety entertainment programs such as Gema Seni and Gema Tari, PS today remains active, participating in local, regional and international arts programs like Muara Festival, Singapore Writers Festival and various other cultural and literary festivals organised abroad, such as by Dewan Bahasa & Pustaka (DBP, Malaysia) and the South East Asian Literary Council (Mastera, Indonesia).
The results speak for itself. Over the years, leaders and members of PS were recognised and honoured for their excellence in the fields of arts, literature and youth development, such as Malaysia's National Laureate Award (Usman Awang); Singapore’s Cultural Medallion Award (Bani Buang and Abdul Ghani Hamid); the Asean Cultural and Communications Award (Zubir Said); SEA Write Award (Abdul Ghani Hamid); Goh Chok Tong Youth Promise Award 2017 and Singapore Youth Award 2017 (Dr Amin Farid); and Malay Literary Award 2020/2021 (Jamal Ismail).
I hope that PS members will continue to achieve excellence and continue to actively promote the Malay arts and culture so it can be appreciated by a wider audience.
Let me now speak in Malay.
Hadirin sekelian, bila saya diundang ke majlis ini, saya berasa berbesar hati kerana berpeluang bertemu dengan ramai penulis dan penggiat seni yang bukan sahaja gigih berkarya secara kreatif, tetapi tanpa disedari ramai, tekal sebagai pujangga yang membangun nilai insan dan kesantunan hidup.
Kedua-dua naskah, ‘Enigma’ dan ‘Perjalanan Alang Budiman’, menonjolkan resam, budaya pemikiran dan teras kehidupan masyarakat Melayu yang kian berubah – sesuai dengan perkembangan masa dan peredaran zaman.
Langkah Perkumpulan Seni mengumpul para penulis Singapura untuk menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cerpen dan puisi bukan hanya bermakna tetapi sangat penting bagi masa depan persuratan tanah air kita – ia memberi ruang kepada para penulis muda dan mapan menggilap bakat dan mengisi takungan bakat. Langkah ini juga menyumbang kepada usaha pelestarian persuratan Nusantara, apatah lagi dengan peranan bahasa dalam persuratan sebagai wadah yang menatar warisan budaya tidak ketara atau intangible cultural heritage.
Kedua-dua buku, ‘Enigma’ dan ‘Perjalanan Alang Budiman’, merupakan dokumen kesusasteraan penting yang merakam warisan sosiobudaya bangsa. Seperti kata pujangga Dr Masuri S.N., "sastera dicipta untuk manusia” kerana sastera “tetap mengisikan human experience, iaitu tentang suka duka, hidup mati; lapar-kenyangnya umat manusia".
Masuri S.N, Suratman Markasan, Mohamed Latiff Mohamed, Muhammad Ariff Muhd, dan Abdul Ghani Hamid merupakan deretan sasterawan kita yang meninggalkan kesan mendalam kepada dunia sastera nasional dan serantau.
Kini tiba masanya Perkumpulan Seni memain peranan lebih besar, melahirkan golongan penulis pelapis yang berbakat untuk memikul gagasan pembangunan negara ke arah dunia baharu pasca Covid-19. Namun untuk maju, harus ada anjakan dari segi daya fikir dan pendekatan agar penulis kita mampu mencapai kejayaan lebih besar lagi bermakna, dari peringkat tempatan dan serantau ke peringkat antarabangsa. Ini harus menjadi iltizam kita.
Dalam zaman serba pesat ini, penulis harus berupaya meluaskan jangkauan dan capaian agar karya kreatif mereka dapat diterima dan diminati oleh generasi era digital. Penulis perlu meluaskan daya fikir bagi memastikan karya mereka dapat disesuaikan untuk tatapan generasi millenia dan generasi seterusnya menerusi padanan untuk terbitan di alam digital.
Tidak dinafikan, Youtube, IG, Tiktok, Facebook dan Netflix contohnya, adalah wadah digital bagi penjanaan sumber rezeki.
Lihat juga bagaimana Netflix menawarkan karya kreatif dalam pelbagai Bahasa untuk tontonan dunia, dijelmakan dalam bentuk dokumentari, drama bersiri, doku-drama dan filem, sekaligus mengesahkan kepada kita Bahasa Melayu tidak harus tertumpu pada khalayak berbahasa Melayu sahaja.
Memanfaatkan saluran dan wadah berbeza bukan sahaja akan meningkatkan tahap pasaran dan populariti karya kreatif Melayu di persada antarabangsa tetapi lebih penting lagi, menyemarakkan usaha penggunaan bahasa ibunda agar masyarakat Melayu sendiri tidak canggung dalam memartabat Bahasa bangsa.
Diharapkan para penulis akan terus berkarya dan Perkumpulan Seni turut meneroka peluang untuk melangkah lebih jauh dalam mempopularkan karya-karya sastera dan mengantarabangsakan karya kreatif Melayu tempatan.
Sekian. Terima kasih.
