Speeches

Speech by President Halimah Yacob at the Buka Puasa by Majlis Ugama Islam Singapura

17 April 2023

Encik Masagos Zulkifli, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam

 

Para pemimpin yang dihormati

 

Para tetamu yang mulia

 

 

Assalamualaikum wr wb. Alhamdulillah, saya berbesar hati dapat bersama anda meraikan bulan suci Ramadan di majlis buka puasa tahunan anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis). Saya bersyukur kita berpeluang menyambut Ramadan tahun ini dengan bermakna seperti sebelum pandemik. Saya harap kita akan sama-sama meraih keberkatan bulan suci ini sepenuhnya.

 

Tahun ini merupakan tahun kedua kita meraikan Ramadan tanpa langkah pengurusan selamat yang ketat. Kini, kita menikmati hari-hari yang lebih baik pasca COVID-19. Saya bangga melihat masyarakat Islam kita saling bekerjasama dan tangkas melaksanakan pelbagai penyesuaian serta inisiatif sepanjang pandemik. Semua ini dibuat untuk memastikan masyarakat dapat terus mengamalkan kehidupan beragama kita dengan lancar dan bertanggungjawab. Ingin saya tekankan bahawa daya tahan dan kekuatan yang ditampilkan masyarakat ketika itulah yang membantu kita ke tahap lebih selamat yang kini dinikmati seluruh negara. Sumbangan anda semua bukan sahaja membantu masyarakat Islam, khususnya golongan yang memerlukan, tetapi juga memperkukuh Singapura sebagai sebuah negara yang inklusif dan bersatu padu.

 

Tentunya, Ramadan juga merupakan bulan yang penuh rahmah, di mana kita saling membantu golongan yang memerlukan dalam kalangan kita. Sepanjang bulan suci inilah sifat dermawan masyarakat begitu terserlah. Antaranya melalui ibadah zakat. Muis akan mengagihkan sebanyak $2 juta dana zakat pada Ramadan ini kepada 7,400 penerima dan keluarga mereka, serta penghuni Islam di 46 rumah tumpangan orang tua dan kanak-kanak. Zakat merupakan institusi penting bagi mengukuhkan masyarakat. Tentu sekali, agihan ini merupakan satu peluang untuk kita sama-sama berkongsi keberkatan bulan suci Ramadan dan memeriahkan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang. Saya dimaklumkan beberapa keluarga tersebut dan warga daripada rumah tumpangan yang dibantu hadir untuk berbuka puasa dengan kita hari ini. Ini satu inisiatif yang baik.

 

Dalam pada itu, saya juga berbesar hati bahawa para pegawai masjid dan Muis bergabung tenaga dengan kumpulan-kumpulan masyarakat untuk mendekati dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Saya mengalu-alukan usaha oleh Yayasan Rahmatan Lil Alamin bersama para sukarelawan dari badan-badan agama seperti gereja, kuil dan masjid, serta pertubuhan akar umbi. Mereka mengagihkan baucar kepada sekitar 7,000 keluarga dan individu yang memerlukan.

 

Selain itu, Masjid Yusof Ishak juga merupakan satu contoh masjid yang telah berganding bahu dengan rumah-rumah ibadah lain serta badan-badan akar umbi untuk sama-sama berkongsi keceriaan Ramadan. Masjid tersebut terlibat bersama Gereja Lighthouse Evangelism dan beberapa kumpulan kuil di Woodlands untuk sama-sama menyertai Kelab Masyarakat Woodlands Galaxy meraikan keharmonian silang agama dalam satu Majlis Makan Malam Masyarakat yang dinamakan ‘Gift from the Heart’. Acara tersebut turut mengadakan majlis iftar di mana masyarakat bukan Islam dapat mempelajari tentang Ramadan. Majlis itu juga mengagihkan barangan keperluan tajaan Kuil Ching Chwee kepada keluarga kurang bernasib baik daripada pelbagai bangsa dan agama. Inilah semangat kewarganegaraan dan sifat saling membantu yang kita banggakan dan harus disemai di kalangan generasi muda kita demi keharmonian dan kemakmuran Singapura yang berterusan.

 

Izinkan saya meneruskan ucapan dalam bahasa Inggeris.

 

Just before Ramadan last year, Singapore lifted almost all its safe management measures. While Singaporeans welcomed the change, the mood was cautious. Many were still uncertain about how the situation would progress. Nonetheless, we came together as one and maintained trust in our society. In doing so, we overcame the challenges brought about by the pandemic and transitioned to DORSCON Green in February this year. Today, we are able to once again observe Ramadan with the same communal spirit as before.

 

As with others, the Muslim community had to make adjustments to our religious practices to prioritise the safety and well-being of everyone during COVID-19. In Islam, it is an obligation to ensure our personal well-being, as well as the well-being of those around us. Our religious and mosque leaders were quick to acknowledge this important responsibility and made the necessary arrangements to allow the community to worship in a safe manner. I am also heartened that the SalamSG Movement mooted last year played a key role to assist mosques and facilitate collaborations with other agencies and community groups. By supporting a variety of programmes and initiatives which focus on the themes of peace and blessings, the SalamSG Movement has enriched the religious life of the community. I am pleased that it has created platforms for discussions to enhance the community’s religious life as we live in an endemic COVID-19 norm.

 

Despite having to make some adjustments to our religious practices due to the pandemic, we were able to continue practising our faith with confidence and without compromising our beliefs. We are here today because we came together, exercised social responsibility, and looked out for one another. I urge everyone to continue embodying the same values of solidarity, care, and compassion. May this Ramadan be an opportunity for us to further strengthen these values as a community and as a nation.

 

Ramadan is a month of blessings, during which we are encouraged to assist those in need. I am heartened that Muis has worked closely with key stakeholders to spread the blessings of Ramadan beyond the community. Take, for example, the good work done by the Rahmatan Lil Alamin Foundation (RLAF). RLAF has rallied volunteers from various religious organisations, including churches, temples, and mosques, as well as the grassroots to help vulnerable families and individuals, regardless of race, faith or background. Another good example is Yusof Ishak Mosque, which collaborated with Lighthouse Evangelism Church and a few temple groups in Woodlands, for Woodlands Galaxy Community Club’s ‘Gift from the Heart’ Community Dinner in celebration of interfaith harmony. This is the spirit of active citizenry and mutual support which we are proud of and must espouse in the younger generation for the continued harmony and progress of Singapore.

 

In closing, let me thank Muis for organising this buka puasa to bring our community together. Your hard work and dedication have made a positive impact to the Muslim community in Singapore. I look forward to breaking my fast with you.

 

Thank you. Wasalamualaikum wr wb.

 

You may want to read about